Puan Suraida binti Ahmad dilahirkan pada 4 Jun 1968. Sejarah perkhidmatan beliau bermula pada 27 Disember 1990 di Sekolah Kebangsaan Pauh. Seterusnya pada 1992, beliau berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Arau dan pada 16 Jun 2016, beliau telah ditempatkan di Sekolah Tengku Budriah. Setelah 32 tahun berkhidmat, tanggal 31 Disember 2022 beliau secara rasminya bersara dari perkhidmatan. Selamat bersara dan selamat maju jaya buat Puan Suraida binti Ahmad. Terima kasih atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama ini.